Rabu, 05 Oktober 2011

Bab 4 : Tugas & Tanggungjawab Putera Bani Tamim


Oleh karena Tuhan tahu di akhir zaman akan berlaku kerusakan di lautan dan di daratan, akan berlaku kemuncak kezaliman dan kejahatan, maka dengan keadilan Tuhan dan dengan rahmat-Nya, selepas itu akan berlaku pula kemuncak keadilan dan keamanan. Kemuncak kezaliman dan kejahatan ada tokoh-tokohnya, ada sumber datangnya, ada sistem yang membawa berlakunya kemuncak kezaliman dan kejahatan itu. Begitulah akan berlaku nanti di akhir zaman kemuncak kebaikan dan keadilan, ada tokoh-tokoh yang mencetuskan hal itu. Ada sumber-sumber yang menyebabkan sistem yang dengan itu berlakulah kemuncak keadilan, keamanan dan kebaikan.

Secara asas atau secara dasar hal ini sudah dikatakan dalam Hadis Rasulullah SAW. Tetapi apa yang dikatakan Rasulullah itu adalah mengenai perjuangan di akhir zaman, satu jemaah, satu sistem, dan bukannya mengenai hukum-hukum syariat. Oleh sebab itu tidak semua orang dapat memahaminya. Kalau hukum-hukum untuk semua orang dan semua orang dapat mudah memahaminya kalau mau faham. Kalau tidak mau faham itu soal lain. Jadi satu perjuangan di akhir zaman bahkan kebenaran-kebenaran yang dibawa oleh mujaddid disetiap kurun tidak ada yang tahu bagaimana untuk memulainya? Bagaimana rahasia-rahasia membangunkannya, kesannya, ilmunya dan methodnya (kaedah). Sebab dia bukan mengenai hukum-hakam. Hanya diberi tahu kepada Sohibuzaman di waktu itu.

Sebab itu Hadis mengenai akhir zaman kalau kita tanya ulama besar di zaman ini, bahkan kalau dilakukan satu seminar besar yang dihadiri para ulama, yang dibincangkan apa yang disebut Hadis akhir zaman, macam mana bentuk jemaahnya, methodnya, ilmu apa yang hendak digunakan untuk akhir zaman, tidak ada satu orangpun yang akan tahu. Sebab hal itu bukan mengenai hukum-hukum syariat, hukum hakam untuk semua. Apakah hikmahnya Tuhan tidak beri pada semua orang untuk memahaminya kecuali hanya Sohibuzaman? Kalau Tuhan beri tahu pada semua ulama seperti hukum-hukum syariat maka akan banyaklah jemaah kebenaran. Masing-masing dapat membuatnya, jadi tidak ada arti, jemaah kebenaran pun berpecah.

Oleh karena Tuhan tidak mengajar umat Islam untuk berpecah, untuk satu perjuangan, satu jemaah yang haq hanya diberi pada seorang Sohibuzaman diwaktu itu. Sebab itu kalau kita tanyakan ulama tentang hal-hal akhir zaman, mereka pun tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Hendak mengatakan tidak tahu, dia malu sedangkan dia ulama. Hendak mengatakan tahu pun, dia tidak dapat menjawabnya. Mungkin dia akan berkata, “Tidak perlu memikirkan tentang IM (Imam Mahdi), nanti bila dia lahir kita akan ikutlah”. Ada juga yang mungkin berkata, “Ini belum akhir zaman lagi, dunia panjang lagi, mengapa kamu kata akhir zaman, masih lama lagi, bukan zaman kita, mungkin kita tidak jumpa dengan zaman itu.” Begitulah ulama akan jawab.

Siapa yang menjadi Sohibuzaman di zaman itu, maka orang itu saja yang Tuhan beritahu tentang rahasia akhir zaman. Hanya Sohibuzaman (SZ) Tuhan beri ilham untuk memahami Hadis-hadis itu. Kalau tidak dibantu dengan ilham, siapapun tidak akan tahu. Tuhan beri ilham dari masa ke semasa. Jadi SZ pasti faham bagaimana hendak membangunkan jemaah perjuangannya. SZ saja yang faham bagaimana methodnya, kaedah dalam membangunkan jemaah, bagaimana mendidik manusia waktu itu untuk dibawa kepada Tuhan. Ilmu apa yang Tuhan beri pada dia? Yang kalau dicari di dalam kitab kita tidak akan mendapatkannya. Sebab ini bukan soal hukum-hakam. Dia adalah ilmu semasa, buah fikiran semasa untuk masanya, bagaimana untuk membangunkan jemaah, bagaimana berdakwah, bagaimana mendidik orang dan bagaimana melahirkan sistem hidup untuk menggantikan sistem yang sudah rusak di zaman ini.

Begitulah Tuhan lakukan setiap kurun. Di zaman wujudnya Rasul lagi, begitulah keadaan bila mana Rasul datang di zamannya. Jadi, untuk kebangkitan besar di akhir zaman untuk melahirkan puncak keadilan dan kebaikan menggantikan puncak kezaliman, Tuhan sudah set (aturkan), caranya sudah set, buah fikiran, minda semuanya sudah set. Segalanya Tuhan sudah set. Sebagaimana yang kita faham, tokoh-tokohnya semua Tuhan sudah setkan. Walaupun Hadis tidak menyebut namanya. Artinya pada SZ telah diberitahu orang-orangnya. Tetapi tidak ada ulama-ulama yang tahu lagi. SZ saja yang tahu. Padahal dalam Hadis tidak menyebut namanya. Sebab itu dikatakan siapa menjadi SZ, hanya dia saja yang diberitahu oleh Tuhan.

Tokoh utama kebangkitan Islam di akhir zaman berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW adalah Imam Mahdi (IM), Putera Bani Tamim (PBT) dan Nabi Isa. Selain itu ada 7 wazir yang akan membantu IM. PBT adalah wazir terkanan dari IM. Dan ada lagi tokoh untuk melengkapkan package kebangkitan iaitu PBH (Putera Bani Hasyim). Kemudian tokoh lain ialah Haris Al Haras, dia sebagai juru pandu kepada IM. Inilah diantara tokoh-tokoh yang akan membangunkan Islam di akhir zaman hingga lahirlah kemuncak keadilan dan kebaikan. Kebangkitan ini bermula dari timur diasaskan oleh PBT. Pengikut-pengikut setia IM disebut dalam hadist Rasulullah SAW, mereka adalah para ikhwan dan asoib. Akhirnya timur bersatu selepas itu IM pun lahir. Maka akhirnya menawan seluruh dunia.

Kemudian 7 wazir tadi, wazir yang paling kanan ialah Putera Bani Tamim. Apabila Imam Mahdi mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah dunia, maka dunia akan dibagi menjadi 7 zon. Asia merupakan salah satu zon yang dipegang oleh Putera Bani Tamim yang akan dianggap sebagai satu negara di dunia yang diperintah oleh satu wazir iaitu Putera Bani Tamim. Kemudian ada zon di Timur tengah, di Turki, di Afrika dan lain-lain. Oleh karena wazir pertama adalah Putera Bani Tamim, maka kebangkitan itu bermula dari Timur. Putera Bani Tamim lahir di Timur dan Imam Mahdi juga lahir di Timur.

Oleh karena Imam Mahdi akan menjadi khalifah yang menguasai dunia, sedangkan dia bukan rasul dan nabi, maka Tuhan perlu memberi kekuatan yang cukup untuk rohnya. Itulah hikmahnya dia disimpan untuk dikursuskan dengan kursus bertaraf malaikat. Makanannya ialah zikir, tasbih dan tahlil. Itulah tandanya dia menjalani kursus malaikat. Walaupun dia bukan rasul dan nabi tetapi rohnya mendekati Nabi.

Putera Bani Tamim berada di tempat kebangkitan yaitu di Timur. Dari 7 wazir itu dia yang paling berat tanggung jawabnya. Yang 6 orang lagi hanya menunggu. Walaupun ada pengikut, pengikut yang beribadah saja. Karena di negara mereka, keadaan sangat susah untuk mengamalkan apalagi memperjuangkan Islam. Kalau nampak mereka berjuang seperti PBT dan pengikutnya, pasti mati atau habis ditangkap. Jadi mereka hanya beribadah saja. Hanya yang seorang ini saja berat tanggung jawabnya.

Apakah Tanggung Jawab PBT atau tugas PBT itu? Sejauh mana tanggung jawab yang mesti dia lakukan. Perkara ini kalau tidak diilhamkan Tuhan tidak ada siapa pun yang tahu. Selagi tanggung jawab itu tidak selesai maka IM tidak akan lahir. Kalau hendak jadikan contoh, PBT itu macam tug boat. Tug boat berlegar tidak jauh, ia adalah satu kapal kecil tetapi horse powernya besar. Dia berada di dermaga. Apa kerjanya? Bila ada kapal besar hendak keluar, tug boat akan menariknya keluar. Bila sudah keluar barulah kapal itu dapat berjalan sendiri di lautan. Itulah kerja tug boat. Demikianlah tanggunjg jawab PBT dikiaskan seperti tug boat.

IM itu kapal besar yang akan menjelajah dunia. Selagi tug boat tidak mengeluarkan kapal ke lautan luas, artinya selagi PBT tidak menunaikan tanggung jawabnya maka IM takkan lahir. Sedangkan dunia bukan menunggu PBT. Dunia menunggu IM. Selagi IM tidak lahir keadilan tidak dapat dicetuskan. Selagi IM tidak lahir kebaikan menyeluruh tidak berlaku. Dunia menungggu IM, bukan PBT. Sebab itu banyak orang tidak tahu PBT. Tetapi perlu diingat kalau tidak siap PBT maka IM takkan lahir.

Di sini dapat kita fahami walaupun PBT kecil tetapi tanggung jawabnya besar. Artinya siapa saja yang hendak ikut PBT, ia mempunyai tanggung jawab yang besar. Kalau dia tidak sanggup memikul tanggung jawab itu, dia tidak layak ikut PBT. PBT ada team, kalau tidak ada team, dia tidak mampu hendak menarik kapal besar itu.

Jadi baru kita faham PBT bagaikan tug boat yang menarik kapal besar ke tengah lautan. Bahkan bukan saja PBT, pengikutnya juga mempunyai tanggung jawab besar. Kalau tidak faham hal ini sampai bilapun tanggung jawab PBT takkan selesai. Sehingga menjadikan IM lambat lahir. Jadi apa tanggung jawab PBT ?


1. Menyampaikan Minda

Dialah yang akan menyampaikan minda ke seluruh dunia yaitu minda Imam Mahdi. Hakikatnya minda yang disampaikannya adalah kepunyaan Imam Mahdi yang disalurkan pada Putera Bani Tamim. Maka wajiblah baginya untuk menyampaikan minda (ilmu) itu ke seluruh dunia. Ilmu inilah untuk membaiki diri. Ilmu inilah juga untuk mengetahui bagaimana hendak membangunkan masyarakat. Ilmu inilah panduan bagaimana hendak berjuang. Ilmu inilah panduan bagaimana untuk mendidik. Ilmu inilah untuk menilai masyarakat dan lain-lain keperluan lagi

PBT menyampaikan minda kepada para pengikutnya dan juga minda kepada di luar pengikut. Minda ini sangat besar, sebab 
    1. Bila tidak ada minda, kita tidak faham bagaimana hendak membaiki diri.
    2. Bila tidak ada minda, kita tidak faham bagaimana hendak berjuang.
    3. Bila tidak ada minda, kita tidak akan faham bagaimana hendak mencetuskan sistem-sistem yang dibuatnya.
    4. Bila tidak ada minda, tidak mampu menyatukan pengikut-pengikut.

Jadi tugas PBT yang pertama adalah menyampaikan mindanya. Minda yang Tuhan bagi itu wajib disampaikan. Bahkan minda itu pula takkan sampai pada pengikut-pengikutnya jika tidak dibantu oleh pemimpin yang akan menghantar sampai ke akar umbi. Samalah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah, dibantu oleh para sahabat. Sedangkan sahabat hanya hidup sezamannya. Selepas Rasulullah tidak ada lagi yang disebut sahabat. Sahabat itu mahal, dia hanya ada di satu zaman, yaitu orang yang menjadi murid kepada Rasulullah. Yang bertanggungjawab menyampaikan apa yang Rasulullah sampaikan. Artinya sahabat itu mahal. Kalau sahabat tidak menyampaikan ajaran Rasulullah SAW kita tidak jadi Islam hari ini.

Begitulah juga Ikhwan dia hanya ada di 1 zaman, 1 musim. Sebelum ini tidak pernah ada ikhwan dan selepas ini tidak akan ada Ikhwan. Ikhwan ialah murid kepada PBT. Menjadi ikhwan itu mahal, macam mahalnya nilai sahabat. Sebab sahabatlah yang menyampaikan ajaran Rasulullah. Ikhwan karena dia betul-betul berada di zaman PBT, dia sangat mahal. Tidak ada ikhwan di zaman selepas dan sesudah PBT. Hanya Ikhwan yang layak menyampaikan ajaran PBT. Hakikatnya itulah ajaran IM yang diilhamkan kepada Puteranya, dia mengajar dari sebalik tabir secara rohaniah.

Hal ini siapapun tidak dapat faham, SZ saja yang boleh faham. Hendak diceritakan pun susah. Sebab ia berbentuk rohaniah. Macamlah cara Tuhan menurunkan wahyu. Secara kasar dapat diceritakan tetapi sudut rasanya tidak dapat diceritakan. Rasulullah ada rasa ketika mendapat wahyu. SZ juga ada rasa ketika mendapat ilham. Bagaimana hendak cerita? Jadi siapa saja yang boleh melayakkan diri menjadi Ikhwan dijamin selamat dunia dan akhirat.


2. Melahirkan ikhwan

Dari tangan PBT akan lahir Ikhwan yang disebut oleh Rasulullah. Dia dapat melahirkan 500 Ikhwan. Sedangkan wasir-wazir lain ada juga tetapi tidak banyak. Tetapi Ikhwan yang dimaksudkan di dalam Hadis ialah ikhwan yang dilahirkan oleh Putera Bani Tamim. Wazir lain itu hanya dapat melahirkan 20 hingga 30 orang saja. Ikhwan yang banyak lahir di tangan Putera Bani Tamim, hanya sedikit di tangan wazir-wazir yang lain.

Ikhwan yang dimaksud hadis Rasulullah hanya dilahirkan olah PBT. Sekiranya berkumpul ulama seluruh dunia, sekalipun mereka orang yang bertaqwa, tetap mereka tidak akan dapat melahirkan walau seorang Ikhwan. Sebab itu sudah ketentuan Tuhan. Sudah menjadi khususiah yang dianugerahkan kepada PBT. Ini mesti difahami. Kalau kita dapat memahaminya, baru kita nampak PBT itu pemimpin itu besar. Kalau tidak, kita rasa biasa dan tak ambil peduli saja. Seandainya bersidang ulama seluruh dunia, walaupun mereka bertaqwa, mereka mungkin hanya mampu melahirkan orang soleh. Tetapi kalau bertaraf Ikhwan, seorang pun mereka tidak dapat melahirkannya. Ini adalah khususiah kepada PBT yang hakikatnya IM adalah pemimpin sebenarnya yang akan lahir. Seperti para sahabat. Tidak ada siapa pun yang dapat melahirkan sahabat kecuali Rasulullah. Kalau berkumpul ulama seluruh dunia untuk melahirkan sahabat, tetap tidak dapat. Jadi, tanggung jawab PBT yang kedua ialah melahirkan 500 orang Ikhwan. Semua ikhwan itu bertaraf wali.

Wazir-wazir Imam Mahdi yang 6 lainnya juga membawa Ikhwan tetapi tidak banyak, sekadar puluhan orang. 6 orang ini menunggu, mereka tidak berjuang sebab keadaan di tempat mereka sudah rusak. Kalau berjuang habis kena tangkap, kena bunuh dan sebagainya. Yang berjuang hanya seorang yaitu PBT.

Begitu juga, akan lahir di tangan PBT ribuan Asoib-Asoib. Asoib terbagi dua:
1.      Semua ahli tarikat yang hak di seluruh dunia.
2.      Golongan tidak bertarikat tetapi mereka sangat bersimpati dan menyokong perjuangan jemaah PBT.

Asoib ini juga adalah satu kategori manusia yang tidak muncul di zaman lain. Dia bukan wali tetapi di atas orang soleh. Orang soleh yang umum siapapun dapat melahirkannya. Mungkin seorang guru dapat melahirkan 2-3 orang soleh. Tetapi kategori Asoib ini lahir di tangan PBT dan wazir-wazir. Inilah kelompok yang menjadi tentera IM. Yang lain dikatakan Awamul Muslimin. Kalau kelompok Awamul Muslimin, walau pun ikut juga tetapi mereka tidak dilindungi oleh keramat IM karena nanti akan rusak sebab mereka tidak layak. Yang layak hanya dua golongan ini saja.


3. Membangunkan tapak daulah yaitu jemaah

Lengkap atau tidaknya, siap atau tidaknya jemaah sangat berhubungan erat dengan pengikut-pengikut. Kalau pengikut kurang bertanggung jawab akhirnya jemaah tidak lengkap dan sempurna maka lambatlah daulah diperolehi. Sebab itu mesti diambil perhatian. Tanggung jawab PBT adalah tanggung jawab pengikutnya juga. Sebab itu perlu diwujudkan model-model kehidupan Islam berupa bandar-bandar. Kalau cakap saja tidak akan jadi. Masyarakat sudah letih mendengar orang bercakap. Ulama bercakap itu ini tetapi tidak melahirkan role model. Supaya role model itu begitu nampak, kita mesti mewujudkan satu bandar yang lengkap.


4. Membangun Daulah
Bila wujud daulah dan hampir siap, barulah IM akan lahir.


5. Melahirkan Sistem

Itulah yang dimaksudkan Bandar-bandar di negeri-negeri. bila sampai peringkat daulah sudah hampir lengkap, maka daulah itulah yang akan bersatu dengan Indonesia dan Thailand dulu. Dalam Hadis tidak ada disebut. Bukankah satu kepelikan orang Budha bersatu? Sekarang sudah nampak. Selepas itu barulah Brunei dan Singapura ikut bersatu. Kemudian lahirlah IM.

Kezahiran IM tidak boleh difahami kalau setakat membaca Hadis jika tidak dibantu oleh ilham dari Rasulullah dan IM. Ceritanya lebih kurang begini:

Pada musim haji di hari Jumaat waktu khatib membaca khutbah, oleh karena waktu itu cuaca terlalu panas, khatib yang pertama berdarah hidungnya. Karena membawa najis, dia pun turun. Kemudian ada orang lain naik tanpa disuruh, berdarah juga hidungnya. Bila digantikan orang lain, berdarah juga. Hingga 6 orang berdarah. Maka naiklah yang ke tujuh tanpa disuruh, orang pun tidak kenal siapa. Bila naik hidungnya tidak berdarah.

Orang yang pernah membaca Hadis mengenai IM tentu dia kata yang ke 7 tidak berdarah inilah IM. Tetapi IM tidak isytihar dirinya. Orang-orang sudah ada yang syak. 6 bulan hingga setahun IM berlegar-legar. Bagi orang yang faham, terserempak dengan dia ada rasa yang lain, mungkin dia IM. Dia berjalan dengan penuh wibawa. Waktu 6 bulan atau setahun itulah dia senantiasa berhubung dengan PBT tanpa diketahui oleh orang lain sebab belum diresmikan lagi. Mereka membuat kerja secara tidak resmi. Kadang-kadang dengan wazir-wazir atau dengan PBT saja. Yang menjadi guide adalah Haris Haras sebab dia sangat faham negara-negara Arab. Itulah yang tidak disebutkan di dalam Hadis.


6.   Memberikan kursus

Mengapa walau dia sudah zahir dan orang sudah syak tetapi IM tidak mengisytiharkan dirinya? Sebab belum sempurna, belum lengkap. Bila sudah ada yang dengar-dengar bahwa IM ada di Mekah maka ramai orang datang ke sana hendak berbaiah. Siapa saja yang datang dan berjumpa hendak berbaiah dengan IM. Terutama ahli tarikat yang hak, yang menunggu-nunggu kedatangan IM. Tetapi IM akan berkata pada mereka : “tidak boleh baiah dulu dengan IM mesti berbaiah dulu dengan PBT.”

Apa maksud baiah? Orang yang menyerahkan diri itu tentulah golongan ulama-ulama dan guru-guru yang pribadi mereka tentulah bertaqwa, tetapi fikiran mereka belum selaras. Sedangkan minda untuk akhir zaman hanya dari satu sumber yaitu dari PBT. Jadi yang dimaksudkan baiah kepada PBT adalah untuk mendapatkan kursus-kursus dari PBT supaya minda menjadi selaras.

Itulah tanggung jawab ke enam PBT, sebab orang ini dikursuskan. Bila sudah satu fikiran, barulah IM akan lahir dan berkata, “Sayalah khalifatullah,” yaitu khalifah Allah di muka bumi. Di sini nampak tanggung jawab PBT dan para ikhwan pengikutnya berat. Yang akan memberi motivasi adalah para ikhwan. Tidak mungkin PBT seorang. Sebab itu setiap ikhwan mesti melayakkan diri. Itulah perlunya minda. Orang yang sudah menyerah diri pada PBT atas arahan IM, karena hendak mendapatkan minda, maka tukang masak pun akan mereka cari. Jumlah Ikhwan tidak banyak, jadi apabila orang datang berbondong-bondong, maka tukang masak mesti sanggupmemberi minda kepada mereka. Itulah diantara khususiah PBT, minda tidak dapat diambil dari tempat lain, hanya dari satu sumber saja yaitu dari PBT. Walaupun yang berbaiah itu adalah ulama besar, ia mesti mengambil minda dari PBT. Barulah terjadi persatuan dan perpaduan. Bukankah besar tanggung jawab PBT? Sebab itu IM tidak akan menerima dulu baiah seseorang sebelum ia berbaiah kepada PBT. Mula-mula dikuliahkan dan dikursuskan dulu. Kemudian barulah dia diisytihar.

Kalau begitu, memang tanggung jawab Putera Bani Tamim sangat berat. Karena di tangannya saja dapat lahirnya Ikhwan dan Asoib ini. Selagi mereka tidak lahir, Imam Mahdi tidak datang. Begitu besar tanggung jawabnya. Seolah-olah Putera Bani Tamim itu adalah kapal penarik (tug boat). Tug boat ini kapal kecil tetapi horse powernya besar. Kalau kapal besar masuk atau keluar dari dermaga atau pelabuhan, tug boatlah yang menariknya. Kapal besar itu tidak berjalan dengan sendiri. Begitulah Putera Bani Tamim seperti tug boat. Walaupun pemimpin kecil tetapi tanggung jawabnya besar. Dialah yang akan mengeluarkan Imam Mahdi untuk menjelajah dunia. Sebab Imam Mahdi itu diibaratkan kapal besar tadi.

Kalau ikhwan itu masih tidak cukup lagi, mana mungkin kapal besar itu dapat keluar. Selagi tug boat itu tidak mengeluarkan Imam Mahdi, artinya Imam Mahdi tidak dapat berperanan di dunia.

Hadis menyatakan Imam Mahdi lahir sewaktu mengerjakan Haji pada hari Jumaat, waktu sholat Jumaat. Seorang imam membaca Khutbah, tiba-tiba keluar darah di hidungnya. Apabila berdarah, ia adalah najis menyebabkan imam tersebut turun karena tidak sanggup menjadi imam. Kemudian naik pula orang lain, karena terlalu panas, hidungnya berdarah juga. Begitulah yang berlaku sampailah orang yang ke-6. Maka naiklah imam yang ke 7. Didapati hidungnya tidak berdarah. Bagi orang yang sudah membaca Hadis pasti mengetahui bahwa inilah kejadian yang menggambarkan Imam Mahdi. Imam Mahdi  sudah ada dan nampak hebat serta berwibawa.

Oleh karena dia berbeda dengan yang 6 orang tadi, maka orang pun sudah berbisik-bisik bahwa dialah Imam Mahdi, tetapi dia tidak mengisytiharkannya. Orang hanya syak saja tetapi tidak diisytihar. Perkara itu tidak diisytihar selama 6 bulan sampai setahun. Jadi, dalam tempoh 6 bulan ke setahun itu, dia sering bertemu dengan PBT, Haris al Haras dan wazir-wazir. Tetapi di tempat-tempat yang berlainan. Ini untuk menghindari orang-orang yang peka yang sudah mula syak. Dia bimbang kalau musuh dapat mengesan keberadaannya, sebab itulah dia berpindah-randah.

Usrah dibuat untuk menerima arahan dari Imam Mahdi. Waktu itulah siapa saja yang mendapat tahu dan dapat mengesan, mereka pasti hendak berbaiah dengan Imam Mahdi tetapi mereka disyaratkan berbaiah dulu dengan PBT atau Fatta At Tamimi. Golongan yang cepat mengesan kehadirannya adalah ahli tarekat sebab mereka memang menunggu. Jadi masing-masing sudah hendak berbaiah dengan Imam Mahdi tetapi Imam Mahdi tidak membenarkan. Mereka mesti berbaiah dulu dengan Putera Bani Tamim.

Maksud ‘baiah’ di sini ialah setiap wazir yang ada pengikut dan semua simpati-simpati mestilah dikursuskan dulu sehingga mindanya selaras. Itulah hikmahnya Imam Mahdi tidak diisytiharkan dulu supaya fikiran dapat diselaraskan. Perkara ini tidak dapat difahami oleh siapapun. Kalau tidak diberitahu Tuhan, ulama besar macam manapun tidak akan dapat memahaminya. Sekalipun dia pengamal tarekat Muhammadiah. Kalau dia bukan tokohnya pasti tidak akan tahu. Apabila orang datang hendak berbaiah, mereka mesti dikursuskan dulu. Kalau para peserta kursus ini termasuk dalam golongan ikhwan, merekalah yang akan mengkursuskan orang-orang itu.

Bila sudah selesai berkursus dengan keadaan masing-masing sudah ada taqwa. Kursus itu cuma untuk menyelaraskan pandangan. Bila sudah berlaku keselarasan, barulah Imam Mahdi mengisytiharkan dirinya, “Saya adalah khalifah”. Dia mengisytiharkan dirinya ketika minda sudah selesai, daulah sudah berlaku dan Asia sudah bersatu.

Selanjutnya sistem ini akan berlaku. Apabila ada Putera Bani Tamim akan ada Imam Mahdi. Apabila ada Imam Mahdi, akan ada nabi Isa. Jadi, siapa pula yang akan mengakui Putera Bani Tamim? Siapa yang akan mengakui bahwa yang ada itu adalah Imam Mahdi? Siapa yang mengiktiraf dan membenarkan Nabi Isa? Kalau tidak ada sistem.

Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah di Timur, maka dia sudah ada wibawa karena dunia sudah mengenalinya. Waktu itu apabila Imam Mahdi mengisytiharkan bahwa dialah Putera Bani Tamim, orang akan menerimanya. Tetapi kalau hari ini, seseorang mengisytiharkan diri sebagai Putera Bani Tamim tanpa adanya daulah, siapa yang akan percaya? Malah orang akan mentertawakannya. Pengikut sudah tinggal sedikit, sudah mau mengaku bahwa dialah Putera Bani Tamim. Sebab itulah perlunya wibawa dan Tuhan hendak menunggu Putera Bani Tamim mempunyai wibawa, yaitu daulah. Allah menunggu supaya PBT mendapat daulah sebagai satu wibawa. Bila ada wibawa, orang akan mudah terima.

Setelah Imam Mahdi mengisytiharkan bahwa yang mendapat daulah di Timur adalah Putera Bani Tamim, selepas itu PBT pula yang akan mengisytiharkan Imam Mahdi. Pada masa itu, orang tidak akan tertawa lagi sebab Asia sudah bersatu dan pengikut sudah banyak. Sudah terbukti PBT dan jamaahnya yang membawa kasih sayang.

Kemudian, setelah berjuang selama beberapa tahun, di waktu Subuh di sebuah masjid di Damsyiq, waktu Imam Mahdi sedang hendak menjadi imam, turun Nabi Isa. Imam Mahdi meminta Nabi Isa menjadi imam. Tetapi Nabi Isa menolak meminta Imam Mahdi meneruskan saja menjadi imam. Waktu itu Imam Mahdi sudah dikenali orang dan sudah ada wibawa. Kalau dia katakan bahwa itulah Nabi Isa, tidak mungkin dunia tidak menerimanya.

Tetapi pelik karena umat Islam masih lagi berfikir bahkan ulama juga berfikir-fikir. Betulkah Imam Mahdi akan datang tetapi apa hendak disibuk-sibukkan? Lambat lagi. Sesiapa pun yakin. Apabila dia lahir nanti, ikut sajalah.

Hakikatnya, siapa yang hendak menerimanya? Katakanlah Nabi Isa lahir di New York, sebab orang Kristen pun menunggu, jadi dia pun berkata, “Saya adalah Nabi Isa.” Sudah pasti, polisi akan datang dan terus menangkapnya. Siapa yang akan percaya?

Tetapi sekiranya Imam Mahdi yang sudah diterima dunia mengatakan bahwa inilah sebenarnya Nabi Isa, mudahlah orang mempercayainya. Tetapi kalau Imam Mahdi datang seorang diri di tengah padang pasir dan mengatakan bahwa dialah Imam Mahdi, siapa yang mau percaya? Begitulah kalau dia bukan orangnya. Sebab itu perlunya seorang yang ditunjuk. Itu menjadi satu sistem di mana Putera Bani Tamim akan menunjukkan Imam Mahdi dan Imam Mahdi akan menunjukkan Nabi Isa. Atas kaedah itulah, mereka akan dilahirkan.

Satu kebangkitan yang akan berlaku bermula dari timur. Dia berlaku dengan penuh keadaan aman damai, harmoni, kasih sayang. Sebab itu di Asia tidak berlaku peperangan. Perang hanya berlaku bilamana orang Barat dan Yahudi mencabar Imam Mahdi. Sehinggalah Palestin dapat ditawan semula. Begitulah gambaran kasar satu kebangkitan yang sedang berlaku dari sebelah Timur.

Siapa yang sungguh-sungguh menyerahkan dirinya 100% untuk perjuangan PBT menyiapkan tapak itu maka itulah Ikhwan. Paling tidak pun, menjadi Asoib. Asoib berada di atas orang soleh yaitu orang soleh yang istimewa. Selepas itu baru orang soleh biasa. Kalau tidak dapat menjadi Ikhwan maka jadilah Asoib. Kalau tidak, jadilah orang soleh biasa. Tetapi orang soleh yang biasa tidak dapat menjadi tentara Imam Mahdi, mereka hanyalah orang awam. Siapa menjadi pengikut Imam Mahdi, insya-Allah selamat dunia akhirat. Selamat di akhirat itulah yang paling mahal.

Sebagaimana Rasulullah berkata kepada sahabatnya,

“Sahabat-sahabat aku itu semuanya diampunkan dosa
karena bersahabat dengan aku.”

Begitulah, kalau dapat menjadi sahabat Imam Mahdi pasti selamat dari neraka, insya-Allah. Begitulah gambaran sepintas lalu tentang bagaimana kebangkitan Islam bertaraf dunia ini akan berlaku.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar