Rabu, 05 Oktober 2011

Bab 1 : Mari Kenali Bani Tamim

Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim


Hadith Nabi SAW :

"Sesungguhnya Bani Tamim itu mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dalam mempertahankan prinsip. Mereka juga adalah pembela kebenaran diakhir zaman”

Sabda Nabi SAW:
"Bani Tamim merupakan golongan dari umatku yang amat memusuhi Dajjal”

Imam Al-Qurthubi ketika menghuraikan hadith di atas mengatakan bahawa;

"Berdasarkan hadith tersebut dapatlah diyakini bahawa Bani Tamim tidak akan terputus keturunan mereka sehinggalah kehari kiamat, bahkan Bani Tamim di akhir zaman nanti merupakan kelompok yang amat kuat berpegang dengan kebenaran serta memperjuangkannya".

Hadith Nabi SAW:
"Kelompok yang paling ramai dimasukkan ke dalam syurga melalui jalan syafaat seseorang ialah Bani Tamim ".

Hadith Nabi SAW juga menyebutkan:
"Bani Tamim merupakan suku bangsa arab yang paling fasih berbahasa arab berbanding suku arab yang lain ".

Imam lbnu Hajar pula menjelaskan tentang ciri utama bagi Bani Tamim yaitu:
"Adalah dimaklumi sejak dari zaman jahiliah hingga zaman Islam senantiasa berlaku penguasaan kelompok Bani Tamim dalam pemerintahan disamping mereka juga merupakan golongan atasan dalam masyarakat dimana mereka dihormati dan dimuliakan"

Rasulullah SAW ketika menggambarkan tentang Bani Tamim berpesan:
"Janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Bani Tamim melainkan sesuatu yang baik-baik saja ".

Sabda Nabi SAW:

"Mereka itu (Bani Tamim) adalah dari kaum kami"


Hadith dan selainnya yang mengakui Bani Tamim sebagai sabahagian dari kaum Baginda SAW merupakan satu pengiktirafan terhadap suku pilihan ini.

Imam At-Tabrani menyatakan: "Bani Tamim terkenal tetap pendirian, berjiwa besar, jelas cita-cita, amat memusuhi Dajal di akhir zaman, cukup tahan menghadapi apa saja halangan. Bani Tamim tidak akan tergugat dengan sebarang halangan, ancaman dan penentangan dari mana-mana pihak yang mahu memudharatkan perjuangan mereka".


Asal Keturunan Bani Tamim


1. Pilihan Tuhan dari kalangan hambanya;
Hadith Rasul SAW yang berarti:
"Sesungguhnya Allah Tabaraka Wataala telah menciptakan langit lalu dipilihNya untuk diletakkan di bahagian yang tinggi. Di situlah Tuhan memilih pula sebahagian makhlukNya sebagai penghuni, Kemudian Allah menjadikan makhluk-makhluk (di atas muka bumi) lalu dipilihnya Bani Adam (manusia-sebagai khalifah), kemudian Tuhan memilih daripada Bangsa Arab itu Bani Mudhor sehingga akhirnya daripada Mudhor itulah Tuhan memilih suku Quraisy ".

2. Asal mereka dari pada anak cucu Mudhor;
Imam Bukhori ketika memperkatakan Nasab Rasululah SAW menyatakan:
Muhammad ibni Abdullah ibni Abdul Muthalib ibni Hasyim ibni Abdu Manaf ibni Qusoai ibni Kilab ibni Murrah ibni Ka'ab ibni Lu'aie ibni Ghalib ibni Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor ibni Nizar ibnl Ma'add ibni Adnan.

Suku Quraisy:
Dari pada Bani Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor.

Suku Tamim:
Dari pada Tamim ibni Mur ibni Udd ibni Thobikhah (Amru) ibni llyas ibni Mudhor.

3. Bani Tamim tunggak keturunan Arab:
"Bani Tamim adalah dari pada keturunan Nabi Ismail dan Nabi lbrahim Alaihi mas salam"
lbnu Hazm menyatakan bahawa:

"Bani Tamim adalah sebuah Qabilah terbesar dalam qabilah arab dengan bilangan kaumnya yang ramai serta rangkaian sukunya yang luas sehlngga Bani Tamim dikatakan sebagai tunggak utama bagi bangsa arab keseluruhannya .... Bahkan mereka mula bertebaran keluar dari dunia arab sejak zaman awal Islam melalui penyertaan mereka yang ramai di dalam bala tentera Islam. Ramai yang digerakkan menuju ke kawasan Khurasan dan lain-lain kawasan  penerokaan wllayah .... ".

BANI Tamim DIANGGAP KELUARGA OLEH RASULULLAH SAW. Diriwayatkan oleh Saiyidina Abbas RA. ketika turunnya ayat yang bererti:
"Dan (wahai Muhammad) mulakanlah memberi peringatan kepada kaum keluargamu yang terdekat ", lantas ketika itu Baginda SAW menyeru: " wahal Bani Fihr, Wahai Bani 'Adiey", ... memanggll kelompok asal umat arab yaitu termasuk di dalamnya Bani Tamim. .."

Terdapat banyak riwayat hadith yang menunjukkan pengakuan Rasulullah saw. bahawa Bani Tamim adalah termasuk dalam kaum atau suku kesayangan Baginda.


* Bab ini merupakan terjemahan Bab 1 dari buku Fadhoil Bani Tamim Li sunnati Nabi oleh Syeikh …., diterbitkan oleh …., 1423 H di Riyadh.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar